...sekadar luahan dan perkongsian...

Sunday, August 10, 2014

How to Transform to be a Better Muslimah (Part Hijab)?

Nak berubah ke arah kebaikan tu bukan mudah...n bukan serta merta...semua perlukan kesabaran dan kewangan yang kukuh... hah hah

Jangan transform secara mengejut, takut tak boleh nak ikut...nanti ke laut...rugi tak dapat apa2 untuk dikaut...

Cara teman...untuk sesiapa yang nak ikut...
1. Berkawanlah dengan golongan yang baik2, terjaga amal solehnya, tak tercela dengan perkara munkar

2. Sentiasa ingat mengingati sesama rakan, contohnya, waktu solat (ingatan paling mudah nak buat)

3. Seronokkan diri untuk buat kebaikan dan kebajikan secara berjemaah

4. Perbaiki pakaian yang menutup diri...mulakan dengan:-
* Labuhkan tudung
* Longgarkan baju
* Pilihan material yang tepat, say no to lycra, no entry for color blocking n bling2
* Pakai stokin dan sarung tangan

Bila dah rasa selesa dan puas hati...dan bila dah bersedia...bolehlah mula berniqab...

Kenapa perlu sabar?
Kerana orang sekeliling akan bertanyakan soalan2 yang kurang masuk akal...
• Eh sejak bila jadi ustazah ni?
• Eh kenapa tiba2 transform ni?
• Eh tak panas ke berstokin bagai dan bertudung labuh ni?
• Eh jubah tu meleret sapu lantai dah macam Majlis Bandaran pula...
• Kalau pergi kerja pun pakai niqab juga ke?
• Tak kena buang kerja ke bila berniqab?

Jangan lupa, jawab bil hikmah wal ibtisam...

Kenapa perlu kepada sumber kewangan yang kukuh?
Kerana...bila baju saiz besar...tudung saiz labuh...dah tentu bermeter2 nak pakai...dan lebih mahal...
Kualiti pun kita kena ambil kira...sebab pakai yang labuh2 ni tanpa tengok jenis kain, mau kepanasan...
Lagi2 bila kerja out station...selalu kena tengok site...
Asal jangan pilih yang nipis sudah, bila ditiup angin, maka melekatlah segala lekuk badan tu...

Sebab tu kena slow2...bukan bermakna bila kita transform tu semua baju seluar skirt tube kena buang...cuba buat macam ni...
□ Seluar jeans / slack boleh dipadankan dengan tshirt muslimah yang labuh...
□ Pakai jubah n berseluar panjang di dalam...tak de rasa was2 nak melangkah panjang2
□ Tube dan legging tu pakai dalam bilik tidur j


□ Tudung2 lycra atau yang singkat boleh pakai kat dalam rumah waktu ada tetamu...boleh juga pakai time sidai baju n bakar rumput kat luar
□ Tudung n tshirt singkat2 tu boleh bagi kat anak2 j, tapi pastikan depa pun boleh pakai tanpa mencolok mata
□ Segala tshirt yang tak sesuai tu jadikan kain lap j, nak sayang mana satu? Tshirt mahal tapi singkat atau aurat?
□ Mana2 baju kurung yang dah koyak n ketat tu boleh start buat projek kain perca (selimut laaa)

Pesanan untuk suami...jadilah cermin isteri...tegurlah isteri jika pakaiannya ada yang tak kena...isteri anda milik anda, maruah anda...



Khas untuk para wanita...
Perubahan ni makan masa bertahun...teman sendiri masih memperbaiki diri...Percayalah...bila kita ikhlas insyaAllah guidance tu berterusan...

Pekakkan telinga dan senyum saja terutama bila ada anak2 kecil berteriak " eh hantuuuuu" pada kita...

Nak belanja gambar kami sekeluarga dengan ucapan selamat hari raya, mohon maaf zahir dan batin









~ |0ve iS the 0n|y eye which men can See the Spiritual heaven ab0ve uS ~

No comments:

Post a Comment