...sekadar luahan dan perkongsian...

Tuesday, September 02, 2014

A Sarcastic Note for You


Assalamu 'alaikum wrt wbt
Tuan puan yang dirahmati Allah Ta'ala

Sayugia dimaklumkan dengan kehadiran Tuan Penceramah dari MPC Penang esok, tuan puan dikehendaki mengambil tindakan akan perkara berikut : -

1. Petugas kaunter pagi
- jaga kaunter
- sambut tetamu2 dari daerah
- ajak tetamu daerah minum pagi kat lorong antara zon
- bagitau tetamu untuk berada di auditorium 950am

2. Jawatankuasa Audit
- sebagai liason officer VIP
- tunggu kat kaunter 930am
- bawa tetamu jumpa pengarah
- bawa pusing 1 opis n cuba elak kawasan MERAH (sila kenalpasti)
- pastikan pengerusi n timbalan2, penyelaras, ketua jawatankuasa, pengerusi zon n SU Induk ikut pusing opis
- bawa minum di bilik pgrh
- bawa ke audi
- call MC bila gerak ke audi

3. Pengerusi n ketua zon
- pastikan zon masing2 tersusun
- sudut 5s masing2 lengkap
- pastikan semua kakitangan masuk audi 950am : NO EXCUSE kata pengarah...(sapa buat alasan macam2..saya pun no komen la)
- hangpa ada kuasa nak buat teguran...p tegur area n kawasan yg tak menepati piawaian...jangan senyap j

4. Jawatankuasa Promosi
- buat backdrop
- cek lg sekali lcd...mic kat audi pagi2
- sudut 5s induk kena kemaskini

5. MC
- tunggu kat audi 945am..
- lead tarian poco2 kalau vip lambat turun
- tak pun buat nasyid ya hanana
- peserta dari daerah j 20 org
- peserta negeri tak tau berapa
- sapa yang belum sarapan suruh sarapan kat opis kita cepat2

6. Jawatankuasa Latihan
- jaga audi sat
- pastikan ada air mineral untuk vip kat audi
- ambil cenderahati dari tokey cenderahati
- borang kehadiran peserta
- buku lawatan vip

7. fotographer
- ambil gambo masa vip buat lawatan
- dalam audi
- tak cukup kaki dan tangan boleh appoint org lain untuk bantu

8. Tokey makan
- konpemkan mknn sampai pukul berapa
- bagitau orang jaga kaunter

9. Tokey cenderahati
- 2 set (tuala, keychain, sticker skuad, mug, pen) -- mana yg sesuai boleh tambah dan tolak

10. SU Induk
- kumpul semua fail induk dan jawatankuasa kat bilik pengarah
- semak dengan semua SU yang penting2

11. Penyelaras
- mengarah dan marah je

MPC datang bukan untuk buat audit...tapi nak bagi taklimat..cuma depa ambil kesempatan untuk melawat kawasan..senang nak mention dalam taklimat

So saya harap sangat2 kerjasama semua...kita ni macam anai2 nak bina busut...kena tolong menolong...tak boleh la masa2 ni nak ikut kepala sendiri...

5s ni kena berterusan...
Tuan puan cer tengok balik keadaan opis kita la ni...seronok dak?? Selesa dak?? Banding dengan dulu2 punya keadaan...

Mana mudah?? Masuk pantry dah tau dah kat mana sudu garpu susu...kalau dulu berterabuq semua dalam 1 laci...

Nak pakai mesin xerox, mesin laminate, mesin binding, mesin pencarik...semua dah kat 1 bilik...kalau dulu tercari2 la kat mana benda2 alah tu semua

Kat drawer sendiri pun dah tak semak macam dulu...siap pejam mata je cari pisau gunting gam pen pensil...kalau orang lain pakai workstation kita pun suka hati sebab tau dah kat mana stationaries...

Jadinya saya harap sangat...jangan nafsi2...betulkan mana salah..tambah mana kurang...jangan langsung tak membantu...tapi dok kondem kat belakang...siap down kan semangat orang...

No good no good

Buka mata buka hati
5s untuk kemudahan diri sendiri
Bukan sekadar pensijilan yg kita impi
Jepun yg maju pun dah buat seiri, seiton, seiso, seiketsu, shitsuke n seiri
Kita negara dunia ketiga baru nak start, tu pun ada juga yang banyak cengkadak dok query sana sini...

Sapa2 nak beli barang untuk 5s boleh claim kat cc
Sebab ada peruntukan untuk keceriaan pejabat
selama ni yang beli banyak2 barang tu pun kita claim guna kepala 27
Tapi bergantung kepada apa barang yang kita beli deh

So Sila terasa
Tapi jangan bawa ke hati
Sebab saya tak kan bunyi
Kalau benda tak jadi

SekianG

Ps : tolong copy and paste pada kawan2 yg  tak dak kat sini




~ |0ve iS the 0n|y eye which men can See the Spiritual heaven ab0ve uS ~

No comments:

Post a Comment